Dewan Pemuda PAS Serdang mengucapkan sekalung Tahniah dan Syabas kepada semua pelajar SPM 2016 atas kejayaan mereka mendapat A dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2016.

Tahniah juga kepada ibubapa mereka yang sentiasa memberi dorongan kepada anak-anak mereka sehingga berjaya.

Bagi yang tidak berjaya usah sedih mahupun gusar kerana ramai yang berjaya dalam hidup mereka di luar sana juga tidak memiliki A dalam SPM. Yang penting selepas ini tanamkan azam untuk perbaiki diri dan terus belajar dibidang yang anda minat.

Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya, terus berusaha dan usaha lagi disamping berdoa dan bertawakal kepada Allah, jangan lupa persiapkan diri untuk di dunia dan di akhirat.

Insya Allah kami semua mendoakan kejayaan adik-adik untuk diberikan ketabahan dan kesungguhan untuk berjaya Dunia Akhirat

Waalahualam, Seeru Ala Barakatillah.

Advertisements