Oleh : Wan Nooraziezan

SERDANG, 11 Mac – Sukan merupakan satu elemen yang boleh membina kredibiliti dan sikap anak-anak terutama peringkat prasekolah.
Pendedahan awal dengan aktiviti luar bilik darjah merupakan satu proses pembelajaran tidak formal untuk menjadikan anak-anak yang belajar di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) lebih berani menghadapi kehidupan.

Ketua Pemuda PAS Serdang, Saudara Rosli Jusoh semasa merasmikan Hari Sukan PASTI Serdang berkata, aktiviti sukan yang dianjurkan PASTI mampu melahirkan pelajar yang memiliki jati diri yang kuat, berani dan membentuk peribadi yang baik.

“Sukan membolehkan pelajar bergaul dengan baik, mengenal masyarakat dan ini mampu membina jati diri pelajar tersebut”.

Beliau turut menyeru orang ramai agar menghantar anak mereka ke PASTI untuk mendapatkan pendidikan yang komprehensif.
Selain itu, beliau juga telah memberikan beberapa contoh ahli sukan yang berjaya di peringkat antarabangsa dan mendapat pendidikan awal dari PASTI.
“Ramai mereka yang berjaya bermula dari PASTI. Jadi, saya menyeru rakyat Malaysia menghantar anak ke PASTI untuk mendapat sistem pendidikan yang yang lebih komprehensif.

Sukan PASTI Kawasan Serdang telah diadakan di Taman Tasik Cempaka, Seksyen 9 Bangi melibatkan 27 PASTI dari seluruh kawasan Serdang.

Dua pertandingan sukan telah diadakan hari ini iaitu bola jaring dan bola sepak.  Bagi pertandingan bola jaring, PASTI Al Ehsan telah merangkul juara manakala perlawanan bola sepak pula telah dimenangi PASTI Teras Jernang.

Advertisements