BANGI, 5 Mac – Mesyuarat Agung Tahunan Muslimat PAS Kawasan Serdang menyaksikan pelancaran Ameerah Serdang oleh YB Dr Che Rosli Che Mat, ADUN Hulu Langat dan Puan Hamsatul, Ketua Muslimat PAS Serdang. Ameerah merupakan unit di bawah Dewan Muslimat PAS Serdang dianggotai oleh muslimat muda PAS berumur 15-40 tahun.

Ameerah dalam bahasa Arab bermaksud ketua. Entiti ini bertanggungjawab menerajui agenda politik PAS dalam masyarakat berpaksikan tema “Peneraju Politik Islam Wanita Muda” dengan tagline Politik-Patriotisme-Partisipasi.

Penubuhan Ameerah khusus untuk fokus gerakkerja politik menuju PRU14 membuktikan anak muda komited mengekalkan kemenangan di DUN BANGI.

Ameerah terkenal dengan produknya iaitu Ameerah Care yang mengetengahkan agenda kemasyarakatan kini giat turun bersama masyarat dan mendekati pengundi muda di seluruh negara.

Ini membuktikan PAS semakin disenangi golongan muda yang dahagakan politik yang matang dan sejahtera.


Advertisements