BANGI, 5 Mac – “Kita sebagai pejuang Islam perlu menjadi sebaik ummah seperti sahabat di zaman Rasulullah SAW” Ujar YB Dr Che Rosli Che Mat dalam perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Serdang kali ke-27.

Menurut beliau, ummah terbaik adalah ummah yang menegakkan amar makruf dan mencegah kemungkaran.Kegagalan amar makruf dan nahi mungkar menunjukkan lemahnya iman ummah ini.

Selain itu, beliau turut menyeru para perwakilan dan pemerhati agar terus istiqamah menegakkan Islam di Malaysia.

“Kita ialah pemimpin. Marilah menjadi pemimpin dan ahli politik yang menegakkan keadilan. Tugas ini perlu dilaksanakan untuk mengelak kemurkaan Allah”.

Yang Dipertua PAS Hulu Langat ini turut memberi beberapa panduan menjadi ummah terbaik iaitu menjadikan Alquran sebagai rujukan, melazimi membaca Alquran dan berterusan menuntut ilmu untuk meningkatkan iman kepada Allah.

Beliau turut mengingatkan para muktamirat agar istiqamah dengan program tarbiyah, usrah dan kuliah untuk penuhi diri dengan ilmu.

“Kita Perlu menuntut ilmu. Tapi bukan menuntut ilmu sampai meninggalkan perjuangan”.

Tema muktamar Dewan Muslimat PAS Serdang kali ini ialah “Muslimat Pemacu Perjuangan Politik Matang Sejahtera”.

Advertisements