BANGI, 26 Februari 2017- “Program Semarak Hijau merupakan salah satu usaha PAS Serdang untuk dekati rakyat”. Ujar ADUN Bangi, Ustaz Shafie Ngah dalam Program Semarak Hijau yang julung kali diadakan di Seksyen 16 Bangi hari ini.
“Kami juga gembira apabila dapat bertemu mata dengan mereka yang banyak menyumbang pada negara dan para cerdik pandai juga cendikiawan pelbagai bidang yang ada di sekitar Bangi ini”.

“Pihak kami berharap agar program sebegini mampu mendekatkan parti PAS dengan pelbagai lapisan masyarakat dan akar umbi”. Maklum ADUN Bangi yang telah tiba seawal pagi di tapak program.

Selain itu, pelbagai aktiviti telah disusun PAS Serdang bermula dari awal pagi hingga lewat tengah malam. Aktiviti-aktiviti ini telah mendapat perhatian masyarakat setempat.

Pada sesi pagi, beberapa program ziarah telah diadakan antaranya menziarahi golongan Al-Malak dan menziarahi mereka yang memerlukan melalui Ziarah Anda Dihati Kami. Perlawanan Bola Sepak remaja turut diadadakan sebelah pagi.

 

Manakala, pada sesi petang, pemeriksaan kesihatan dan pergigian percuma telah diberikan kepada rakyat.

“Sungguh hebat apabila PAS mampu menganjurkan program seperti ini. Saya sangat teruja apabila ada khidmat mencuci gigi percuma dalam program ini, sebab kosnya tinggi diluar sana”. Senyum Atikah apabila melihat khidmat yang ditawarkan.


Kemuncak program Semarak Hijau kali ini adalah ceramah perdana pada sebelah malam.

Turut kelihatan, ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS yang turut hadir membantu program yang diadakan.

 

Advertisements