Oleh : Aisyah Yamin

Serdang – Pada 19 Februari 2017, sekumpulan anak-anak muda dari Serdang telah memulakan pendakian Gunung Datuk seawal jam 5.00 pagi demi menguji ketahanan diri di samping mendekatkan diri dengan alam semulajadi.

Salah seorang pendaki berkata melalui aktiviti pendakian itu, mereka berpeluang menikmati keindahan alam di samping membuktikan kemampuan diri mencapai sebarang matlamat yang dikehendaki.

“Aktiviti yang mencabar bukan mustahil. Apa yang penting selain kerjasama adalah persediaan mental, fizikal dan disiplin ketat peserta,” katanya.

Selepas menempuh cabaran mendaki gunung, para pendaki melepas lelah sambil mendengar tazkirah di Puncak Gunung Datuk. Antara intipati tazkirah di puncak itu adalah keperluan mengamalkan Islam kerana Islam adalah penyelesaian.

Para peserta bersurai pada jam 2 petang dan meminta aktiviti seumpama ini diadakan lebih kerap lagi.

Aktiviti lasak ini adalah anjuran DACS Serdang, Jabatan Amal, AM MPKj zon 23 dan PeBT zon 22 23 24.

 

Advertisements