Oleh Noraziezan

BANGI, 15 Februari 2017 – Program “Young Potential Talent” anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang telah diadakan pada 4 Februari lalu di Dewan Akademi As-Syakirin, Bandar Sri Putra (BSP).

Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan pemuda yang berpengaruh dan berkemahiran dalam pengurusan masyarakat secara umum.

Selain itu, ia juga melatih para pemuda bercakap di hadapan khalayak ramai sebagai nilai tambah untuk pembangunan pemimpin masa depan.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Serdang, Tuan Rosli bin Jusoh.

Menurut beliau, PAS ingin melahirkan pelapis pemuda yang mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi di samping mampu membina pengaruh, bercakap di khalayak dan menguasai kemahiran pengurusan demi memartabatkan Islam pada masa akan datang.

“PAS ingin melahirkan lebih ramai pelapis dari kalangan pemuda yang mempunyai bakat kepimpinan”.

“Perjuangan memartabatkan Islam perlukan para pemuda yang menguasai soft skill disamping tarbiah yang tersusun”.

Program Young Potential Talent telah berlangsung dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari. Lapan belas orang peserta telah mengambil bahagian dan menerima latihan daripada Tuan Hezry Yasin.

Advertisements