Sungai Ramal Dalam, 15 Februari -Enam ibu muda yang baru menimang cahayamata menerima kunjungan ziarah “Anda Di Hati Kami” (ADHK) PAS Serdang pada 12 Februari lalu.

Rombongan yang diketuai oleh Ketua Muslimat PAS Serdang, Puan Hamsatul turut diiringi oleh Ketua PKMS merangkap Ketua Cawangan, Ustaz Asnawi, Ketua Muslimat, Puan Suhaila, wakil Pejabat ADUN Bangi dan 10 orang ahli cawangan PAS Sungai Ramal Luar.

Puan Hamsatul sempat berkongsi manfaat susu ibu dan menggalakkan ibu-ibu memberi susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan. Selain itu, beliau juga menasihati agar penduduk setempat dapat mengeratkan ukhuwwah sesama mereka.

Puan Ruhaida Othman, salah seorang ibu yang diziarahi mengucapkan terima kasih atas kesudian ahli PAS Serdang menziarahi dan menyampaikan sumbangan.

“Kunjungan ini amat mengharukan dan menggembirakan. Terima kasih kepada PAS Serdang yang sudi meluang masa meninjau kehidupan kami”, ujar Puan Wan Fairdaus.

Selain mereka, ibu muda yang turut diziarahi adalah Husni Mohd Radzi, Wan Maisarah Wan Ahmad, Syahizah Haripapbilah dan Nurul Syahida Zainal Abidin. Kesemua mereka menerima hamper barangan bayi, beg dan tuala bayi.

ADHK adalah program kebajikan berkala PAS Serdang bersama ADUN Bangi. Sasaran program ini adalah ibu muda, OKU, orang sakit dan golongan yang memerlukan.

Advertisements