Oleh : Noraziezan

BANGI, 13 Februari 2017 – Seramai 76 peserta terdiri dari remaja dan wanita muda telah menyertai Explorasi Alam 2.0 di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson semalam.

Program anjuran Pejabat ADUN Bangi dengan kerjasama Kelab Reakrasi Wanita Bangi (Krew) dan Ameerah Serdang ini telah bermula seawal 7 pagi hingga 3 petang. Para peserta mengambil peluang menikmati keindahan Pantai Intan sebelum mendaki ke puncak Bukit Batu Putih.

Menurut Puan Hamsatul Hamzah, Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), program sebegini mampu mewujudkan nilai kerjasama dalam satu kumpulan.

“Explorasi Alam mengajar kita untuk menghargai alam sekitar dengan menjaga kebersihan. Di samping itu, keselamatan diri juga dititikberatkan. Rasa syukur harus dipupuk atas nikmat alam yang dikurniakan Allah.” Ujar beliau semasa merasmikan program tersebut mewakili ADUN Bangi, Ustaz Shafie Ngah.

Selain itu, program ini juga mampu menghubungkan silaturrahim antara golongan wanita setempat.

Advertisements