Oleh : Wan Nooraziezan

BANGI, 12 Februari 2017- Sebanyak 5 sesi ziarah rumah ke rumah telah dilakukan oleh pihak ADUN Bangi, Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), PAS Serdang dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Sesi ziarah yang berjalan selama sebulan ini telah bermula sejak 21 Januari yang lalu sehingga 12 Februari.

Edaran buah limau mandarin turut diadakan di Pasar Kajang dan Pasar Kwangtung, Sungai Chua bagi berkongsi kegembiraan dengan rakyat berbangsa Tionghua.

Walaupun tahun ayam pada kalendar Cina merupakan tahun mencabar, pihak PAS Serdang mengharapkan agar pemberian limau dan sesi ziarah ini dapat mengeratkan perpaduan kaum dan bangsa yang pelbagai di Malaysia terutama di Serdang.

“Program sebegini adalah salah satu cara mengekalkan keharmonian bangsa yang ada di Malaysia. Ia juga merupakan satu platfom yang baik untuk berjumpa sendiri dengan rakyat dan mengetahui permasalahan mereka” Ujar YB Ustaz Shafie Ngah, ADUN Bangi.

Advertisements