Oleh : Wan Nooraziezan

BANGI, 12 Februari 2017 – Sempena perasmian padang Desa Baiduri 5 Februari yang lepas, satu perlawanan persahabatan bola sepak telah diadakan antara Pemuda PAS Serdang dengan Belia Desa Baiduri.

Perlawanan tersebut bermula jam 5 petang di Padang Desa Baiduri dan telah dihadiri Ketua Pemuda PAS Serdang, Saudara Rosli Jusoh.

Matlamat utama perlawanan ini adalah untuk menyantuni para belia kawasan tersebut disamping mengeratkan ukhuwah antara dua belah pihak.

Menurut Rosli, PAS amat memahami jiwa belia yang kebanyakannya berminat dengan sukan terutama bola sepak. Parti ini menginginkan ahlinya memiliki badan yang sihat tanpa mengabaikan aspek ibadah.

“Kita boleh beriadhah. Melalui riadhah kita akan mendapat badan yang sihat. Tapi jangan terlebih beriadhah sampai terlupa ibadah”. Ujar ketua Pemuda PAS dalam program tersebut.

Advertisements