Oleh Noraziezan

BANGI, 12 Februari 2017- Satu Kejohanan Memanah (tertutup) Bangi 2017 telah diadakan di Lapang Sasar Desa Surada pada 4 Februari yang lalu.

Kejohanan yang dianjurkan Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang (DPPKS) ini merupakan salah satu usaha untuk menghimpunkan seluruh peminat-peminat sukan memanah di DUN Bangi.

Menurut Ketua Pemuda DPPKS, Saudara Rosli Jusoh, sukan sunnah ini seharusnya dikembangkan dengan lebih meluas kepada masyarakat terutama di Serdang. Beliau turut berharap agar, masyarakat mampu menghidupkan sukan ini sehingga peringkat antarabangsa.

“Memanah adalah sukan sunnah yang melatih daya fokus yang tinggi dalam diri individu. Saya rasa amat wajar untuk sukan ini dihidupkan sehingga peringkat antarabangsa”.

Advertisements