Oleh : Shehdi Hazrik

Serdang, 4 Februari 2017 – Program “Bakti Siswa” anjuran Kolej Univeraiti Islam Antarabangsa Selangor kali ini telah mendapat kerjasama NGO Muslim Care dan Jabatan Amal Malaysia (JAM) dalam memenuhi misi Khidmat Ummah.

Program diadakan di Perkampungan Rohingya, Sri Serdang, Selangor. Khidmat Ummah melibatkan gotong royong membersihkan Sekolah Rohingya dan menyampaikan sumbangan barang keperluan harian kepada keluarga pelarian Rohingya.

Jabatan Amal Malaysia melalui Kor Medik telah menghantar 5 anggota Amal dari Negeri Selangor dan beberapa pegawai kesihatan dari Muslim Care melakukan pemeriksaan kesihatan diri dan gigi.

Ketua Unit Medik dan Penyelamat JAM Negeri Selangor, Tuan Baharuddin Roz memaklumkan dianggarkan 100 pelajar sekolah, ibubapa dan guru etnik Rohingya telah menerima khidmat pemeriksaan kesihatan dari AMAL dan Muslim Care.

Menurut Ketua Skuad Medik dan Penyelamat Kawasan Serdang, Saudara Murtadha Ramli pula, aktiviti persembahan nasyid dan gotong royong dilakukan oleh anggota Kadet dari Briged Amal Malaysia Kwasan Serdang.

Usaha membantu pelarian etnik Rohingya telah menjadi agenda ummah bagi Jabatan Amal Malaysia.

5 anggota JAM turut bersama dalam misi kemanusiaan Food Flotilla ke Myanmar yang bertolak pada 3 Februari 2017 yang lepas.

 

Save

Advertisements