Oleh : Wan Nooraziezan

Bangi, 19 Januari 2017 – Memandang pada pentingnya orang kurang upaya (OKU) mempelajari dan membaca Al Quran, satu kursus pengajian Quran Braille telah dianjurkan oleh Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat dengan kerjasama Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), Surau Damai dan Pusat Khidmat ADUN Bangi pada 14 Januari yang lepas.

Program yqng dirasmikan oleh YB Che Rosli Che Mat ini merupakan satu usaha yang sangat hebat untuk dikembangkan dan mampu membantu OKU membaca AlQuran.
“Saya menyokong penuh program ini diadakan. Ia adalah satu usaha murni untuk golongan OKU belajar Alquran seterusnya memberdayakan mereka menghafal Alquran pula”.

Disamping itu, beliau turut menyumbang RM1 ribu untuk tujuan pembelajaran braille dalam program berkenaan.

Para peserta yang hadir dalam pengajian braille ini merupakan dari pelbagai latar belakang iaitu guru sekolah, wakil persatuan dan sukarelawan, para pelajar universiti tempatan dan orang cacat penglihatan.

Mereka sangat teruja untuk mempelajari cara dan teknik membaca Al Quran melalui braille. Akan datang adalah program ‘Hari OKU Di Hati Kami’ untuk meraikan golongan OKU dan membantu mereka membaca AlQuran

 

Advertisements