Oleh : Wan Nooraziezan

Serdang, 19 Januari 2017 – Satu program Big Screen Perlawanan Bola Sepak antara Manchester United dengan Liverpool telah diadakan pada Isnin lepas.
Program yang bermula jam 12 malam hingga 2 pagi itu telah diadakan di Restoran RBS Bistro, Seksyen 9.

Big screen ini adalah inisiatif pemuda PAS Serdang untuk mendekati golongan muda yang meminati sukan bola sepak. Selain itu, ia juga menunjukkan PAS sebagai sebuah parti yang menyokong aktiviti-aktiviti berfaedah.

Menurut Naib Ketua Pemuda PAS Serdang, saudara Khairul Nadzir bin Helmi ini adalah manifestasi sikap PAS terhadap para pemuda khususnya di kawasan Serdang.
“Kita menganjurkan aktiviti ini adalah sebagai bukti bahawa PAS bukanlah sebuah parti yang jumud. Malah, PAS sangat komited menganjurkan aktiviti-aktiviti yang dekat dengan masyarakat khususnya anak muda”

Para pengunjung yang hadir telah berpeluang mendapatkan kupon makan percuma dan memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu jersi bola sepak.

 

Advertisements