Oleh: Aisyah Yamin

Bangi – ADUN Bangi, YB Ustaz Shafie Ngah telah melancarkan Misi Bantuan Banjir Pantai Timur 2017 di Masjid Al- Hasanah, Bandar Baru Bangi sebelum menunaikan solat Jumaat. Misi bantuan ini bagi membantu mangsa banjir, khususnya di Kelantan dan Terengganu.

Tabung Rayuan Bencana Banjir telah dibuka seminggu sebelumnya bagi mengumpul wang sumbangan dan bahan keperluan harian yang bakal diagihkan.

Misi bertolak pada awal pagi Sabtu ke Kuantan serta Terengganu disertai 4 buah kenderaan pacuan 4 roda.

“Saya berharap misi ini dapat meringankan beban mangsa banjir ketika berada di pusat pemindahan sementara, atau di kampung atau rumah yang dinaiki air dan terputus hubungan,” harapan YB ADUN Bangi, Ustaz Shafie Ngah sempena Misi Bantuan ini.

Misi ini turut melibatkan Jabatan Amal Malaysia, Masjid Al-Hasanah, Khidmat Malaysia, Persatuan Belia Prihatin dan gabungan masjid, surau sekitar Bandar Baru Bangi Bangi dan disokong oleh Pejabat ADUN Bangi.

PAS Serdang terus komited meneruskan misi bantuan sebegini yang bermula dengan misi bantuan untuk mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan pada penghujung 2014.

Mengakhiri ucapan, YB menegaskan tanggungjawab kemanusiaan ini tidak harus dilihat sebagai satu bebanan sebaliknya ia adalah satu simbol kebersamaan sesama kita.

 

Advertisements