Oleh : Adib

Bangi, 8 Januari 2017 – PAS Cawangan Bandar Baru Bangi Seksyen 3 telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-20 di Hotel Amani Seksyen 9 Bangi. Mesyuarat dimulakan dengan alunan Asma ul Husna dan juga lagu rasmi PAS. Bendahari PAS Kawasan, Haji Ahmad Yusuf telah merasmikan Mesyuarat Agung kali ini.

Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Haji Ahmad mengingatkan ahli bahawa PAS bukan hanya gerakan siasah tetapi juga gerakan dakwah. Tarbiyyah adalah nadi perjuangan PAS. Setiap ahli mesti berusaha memperkukuh hubungan dengan Allah dan mempertingkat amal dan akhlak.

“PRU14 akan berlaku bila-bila masa. Oleh itu, setiap ahli mesti menggandakan amalan rohani, membanyakkan usaha mendekati masyarakat serta menyokong inisiatif ekonomi yang dijalankan oleh PAS Pusat dan Kawasan seperti takaful kenderaan PAS Serdang, jualan produk K-UMMAH, kupon infaq dakwah jihad dan projek pasaraya PAS Pusat”.

Dalam ucapan alu-aluan Ketua Cawangan BBB3 iaitu Haji Ariffin Mahamud, beliau menyeru ditingkatkan semangat pengorbanan, banyakkan bersabar dalam menghadapi ujian dan dugaan. Tingkatan kefahaman dan penghayatan terhadap rukun-rukun baiah yang menjadi pegangan ahli jemaah Islam.

Mesyuarat Agung PAS Cawangan BBB3 turut dihadiri oleh Penasihat Cawangan, Prof Dr Hj Hamirdin b Ithnin.

 

Save

Advertisements