Oleh Aisyah Yamin

Cheras – Ketua Muslimat PAS Serdang, Puan Hamsatul Hamzah bersama isteri Yang Berhormat ADUN Bangi, Ustazah Che Maryam meneruskan siri Ziarah Ibu Muda. Kali ini rumah Puan Azween yang baru melahirkan anak ke-4 pada penghujung 2016.

Puan Hamsatul serta rombongan meluangkan masa berkunjung dan menziarahi bayi Puan Azween sekeluarga di Bandar Tun Hussein Onn.

ADHK siri Ziarah Ibu Muda ini turut menyampaikan barangan keperluan bayi sebagai cenderahati dan meraikan orang baru.

“Siri ziarah sebegini akan diteruskan dan moga ia jadi peluang untuk berkenal-kenalan dan rapatkan silaturahim sesama kita.” Ujar Puan Hamsatul Hamzah yang turut diiringi beberapa AJK Muslimat Kawasan Serdang.

Ziarah Ibu Muda telah diadakan beberapa kali sebelum ini dan Yang Berhormat Ustaz Shafie Ngah turut turun padang menziarah dan sampaikan sumbangan buat bayi yang baru dilahirkan.

Save

Advertisements