Oleh Aisyah Yamin

Cheras – Siri ziarah kebajikan Anda Di Hati Kami (ADHK) anjuran PAS Serdang menjadi satu satu platform untuk PAS dekati dan bantu masyarakat.

Yang terkini, pada 1 Januari 2017, pasukan ADHK menyampaikan sumbangan kepada seorang ibu tunggal yang menanggung 6 anak yang masih bersekolah.

Turut hadir menziarahi adalah Ketua Muslimat PAS Serdang, Puan Hamsatul Hamzah bersama isteri ADUN Bangi, Ustazah Mariam dan beberapa orang petugas.

Puan Putrie Asmarra Emmie Binti Che Nan, menanggung sendiri anaknya seramai 6 orang dan memerlukan perbelanjaan besar, lebih-lebih lagi menjelang sesi persekolahan awal tahun ini.

Kesusahan hidup bukan penghalang kepada anak sulungnya, adik Nur Atiqah bt Azmi untuk meraih 10A dalam PT3 tahun lepas. Adik Atiqah merupakan pelajar Maktab Rendah Sains Mara Lenggong, Perak.

Orang ramai juga diseru sama-sama membantu dengan memberikan sumbangan kewangan bagi meringankan beban Puan Putrie sekeluarga.

Bagi yang ingin menyumbang, boleh disalurkan ke akaun Maybank 164780084026 (Putrie Asmarra).

Advertisements