Oleh : Wan Nooraziezan

Bangi, 2 Januari 2017 – Satu sesi ziarah mahabbah telah dianjurkan Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang (DPPKS) ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Langat pada 19 Disember 2016 jam 2.30 petang.

Aktiviti ziarah ini bertujuan berkongsi hala tuju dan peranan serta tanggungjawab yang boleh dilaksanakan melalui program dan aktiviti yang dirangka bersama pada masa akan datang.

Sesi ziarah yang diadakan di bilik mesyuarat PAID Hulu Langat ini telah dihadiri Saudara Nazir Hilmi selaku Naib Ketua Pemuda (NKP) DPPKS dan Pegawai Tadbir Agama PAID.

Menurut NKP DPPKS, PAS perlu memahami prosedur jabatan kerajaan dan perlu melalui kaedah yang betul jika ingin menegur, menasihati dan menambah baik perjalanan agensi kerajaan.

“Program ini dirangka DPPKS sebagai medium untuk berkongsi maklumat dengan agensi kerajaan”.

“Kami juga telah mencadangkan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan PAID untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Selain itu, perbincangan untuk menggerakkan tenaga belia aktif bersama surau atau masjid juga turut dilakukan”.

Save

Advertisements