Oleh Aisyah Yamin

Kajang, 1 Januari Disember 2017 – Mensasarkan kawasan tumpuan ramai dan konsep dakwah santai serta terbuka, 15 orang Pemuda PAS Serdang telah turun ke Uptown Jalan Reko pada malam Tahun Baru 2017 bagi menyampaikan dakwah.

Mengetuai pasukan, Naib Ketua Pemuda PAS Serdang, Nadzir Helmi berkata pogram ini dijalankan setiap tahun sempena peristiwa penting seperti Hari Kemerdekaan dan Tahun Baru.

Menurutnya juga, Street Dakwah pada kali ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

“Melalui Street Dakwah ini, kami berpeluang bertemu mata dengan anak-anak muda. Mereka sangat positif apabila disapa oleh Pemuda PAS Serdang.”

Dalam pada itu, beliau berkata objektif utama penganjuran program ini adalah untuk melaksanakan amar maaruf nahi mungkar seperti yang dinyatakan di dalam Quran.

Misi kali ini memberi tumpuan kepada penjelasan RUU355, adab pergaulan dan cadangan aktiviti sambutan Tahun Baru yang patuh-syariah.

Tambahnya lagi, Pemuda PAS amat teruja dapat bertemu dan bertanya khabar kepada masyarakat setempat. Mereka merancang untuk membawa konsep Street Dakwah ke lain-lain lokasi di lain masa.

Save

Advertisements