Oleh : Wan Nooraziezan

Serdang, 27 Disember 2016 – Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP) dibawah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah menganjurkan Daurah Tadbriyah selama 3 hari 2 malam bermula 24 hingga 26 Disember 2016.

Daurah Tadribiyyah yang merupakan fasa pertama High Potential Talent ini menekankan pengisian rohani kepimpinan dalam memahami erti perjuangan yang bersifat ‘intangible’ sebelum mereka yang terpilih ini didedahkan kepada strategi teknikal yang bersifat ‘tangible’.

Fasa susulan iaitu Competency Building, myHackathon & Projek Rakyat akan diadakan dalam bulan Januari hingga April. Matlamat HPT adalah untuk membangunkan kemahiran pengurusan diri, jemaah dan masyarakat serta kemahiran menjuarai dan mengurus projek. Selain itu, ia juga bertujuan membina jati diri dan pengaruh pemuda sebagai pelapis kepimpinan jemaah.

Program yang dihadiri pemuda seluruh Malaysia ini juga telah dihadiri YB Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS selaku perasmi penutup.

Menurut beliau program sebegini sangat bagus untuk melahirkan pemimpin berkaliber pada masa akan datang.

“Barisan pemimpin akan datang mestilah lebih baik dari sekarang. Saya harap para peserta dapat mengaplikasi ilmu yang diperolehi dari program 3 hari 2 malam ini.”

hpt

 

Advertisements