Bangi, 25 Disember 2016 – Lebih dari 200 orang rakyat DUN Bangi dan DUN Balakong mendapat peluang menikmati sumbangan melalui program Back To School yang dianjurkan PAS Kawasan Serdang bersama Pusat Khidmat ADUN Bangi, Pekawanis dan MPP Mpkj

Program ini merupakan satu inisiatif terbaik untuk meringankan beban perbelanjaan kelengkapan sekolah bagi keluarga berpendapatan rendah.

Program yang diadakan setiap hujung tahun semasa cuti sekolah ini juga telah diadakan di beberapa pusat membeli belah seperti PKNS Bangi dan Mydin Wholesale Hypermarket Semenyih dan cawangan-cawangan dalam parlimen Serdang seperti Sungai Ramal Dalam dan Putra Mahkota.

Penerima sumbangan yang terdiri daripada pelbagai kaum telah memberi maklum balas yang baik terhadap program kebajikan tersebut.

“Program sebegini memang banyak membantu kami membeli barangan keperluan sekolah anak-anak yang akan dibuka nanti. Terima kasih banyak atas keprihatinan PAS Serdang”. Ujar salah seorang penerima dalam program tersebut.

Advertisements