oleh : Wan Nooraziezan

Bangi, 24 Disember 2016 – PAS Kawasan Serdang penuh komited meneruskan agenda kebajikan melalui aktiviti berkala Anda di Hati Kami (ADHK).

Selain golongan kurang berkemampuan, aktiviti ini turut menyantuni ibu muda yang baru menimang cahaya mata termasuk dari golongan OKU. Seramai 7 wanita telah menerima sumbangan wang tunai dan hamper barangan bayi semasa sesi ziarah di Bandar Sri Putra (BSP) dan Bandar Bukit Mahkota (BBM) pada 24 Disember 2016 yang lalu.

Aktiviti ziarah ini ini telah dihadiri isteri ADUN Bangi, Ustazah Che Maryam, pimpinan Pusat Khidmat Masyarakat Setempat, ahli PAS Cawangan dan anggota Jabatan Amal Kawasan Serdang.

Kebanyakan ibu muda telah memberi maklum balas yang positif terhadap aktiviti ziarah tersebut. Mereka melahirkan rasa syukur dan gembira terhadap sumbangan yang diberikan PAS Kawasan Serdang.

Menurut salah seorang penerima sumbangan, Puan Norazizah, beliau tidak percaya terpilih untuk menerima sumbangan.

“Saya hampir tidak percaya isteri ADUN Bangi sanggup datang ke teratak kami. Saya sangat berterima kasih atas keprihatinan YB dan sumbangan ini memang menjadi rezeki yang tidak disangka”.

Advertisements