Oleh : Aisyah Yamin

BANGI , 24 Disember – ADUN Bangi, YB Ustaz Shafie Ngah bersama Pegawai Daerah Hulu Langat giat membantu mangsa banjir di Sungai Ramal Dalam.

Beliau yang baru sahaja pulang dari ‘retreat’ di Perak bergegas turun ke kawasan kejadian setelah dimaklumkan berkenaan banjir yang melanda rentetan hujan lebat.
Sumbangan kecemasan telah diberikan kepada mangsa banjir bagi meringankan beban dan mengurangkan tekanan yang dihadapi mereka.

“Sumbangan ini sebagai tanda prihatin daripada kerajaan negeri melalui Pejabat Daerah Hulu Langat kepada mangsa banjir di sekitar Sungai Ramal Dalam”, ujar beliau.

Sejurus kejadian itu juga, ADUN Bangi turut turun ke Taman Teratai, Sungai Ramal Dalam bagi melihat sendiri kesan runtuhan tebing di kawasan tersebut.

YB ADUN Bangi dan Ahli Majlis Zon 22, Puan Hamsatul Hamzah mengambil serius perkara ini dan akan dibawa ke Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bagi mencari penyelesaian secepat mungkin.

“Beberapa rumah juga berada sangat hampir dengan tebing. Langkah awal telah diambil oleh pihak MPKj dengan memasang kanvas di tebing tersebut”.

Kerja memperbaiki cerun yang runtuh telah dijalankan kontraktor sebaik selesai tinjauan ADUN Bangi dan Ahli Majlis Mpkj Zon 22 di Taman Teratai.

 

Advertisements