Oleh : Aisyah Yamin

Serdang – Seramai 100 peserta dari kawasan DUN Bangi dan 40 peserta dari DUN Balakong diberi bantuan persekolahan berupa baucar bernilai RM100 di Mydin Wholesale Hypermarket Semenyih baru-baru ini.

Majlis penyerahan baucar pada 10 Disember lalu telah disempurnakan oleh Puan Hamsatul Hamzah selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Serdang (DMPKS) merangkap Ahli Majlis MPKj Zon 22. Turut hadir, Encik Mad Shahmiour bin Mat Kosim, ahli majlis MPKj  Zon 11 dan Puan Sathiabamah A/P Batumala, wakil DHPP.

Puan Hamsatul ketika berucap berkata, sumbangan itu adalah daripada PAS Serdang yang prihatin terhadap beban yang terpaksa ditanggung ibubapa menjelang pembukaan sesi persekolahan tahun depan.

Back To School adalah program tahunan yang biasanya diadakan pada akhir tahun semasa cuti sekolah bagi membantu meringankan beban perbelanjaan kelengkapan sekolah bagi keluarga berpendapatan rendah” katanya.

Advertisements