Oleh : Aisyah Yamin
Serdang – Siri ‘roadshow’ Penerangan Bajet Selangor 2016 Peringkat PAS Kawasan Serdang telah diadakan pada 14 Disember 2916. Roadshow yang dianjurkan Badan Perhubungan PAS Selangor ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat  berkenaan bajet Selangor 2017.

Melalui program sebegini juga, rakyat tidak ketinggalan dalam mendapatkan maklumat yang sepatutnya dan program-program kerajaan negeri akan disampaikan  kepada semua peringkat masyarakat. Turut hadir, YB Ustaz Shafie Ngah, selaku ADUN Bangi dan YB Nor Hanim Ismail, selaku ADUN Seri Serdang bagi menyampaikan  penerangan kepada orang ramai.

Menurut Yb Ustaz Shafie Ngah, kerajaan negeri turut memperkenalkan “skim peduli sihat” mulai tahun depan bagi keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah melalui peruntukan RM125 juta.

“Melalui Skim peduli sihat, seramai 250,000 keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah akan mendapat rawatan kesihatan primer (primary care) percuma di klinik-klinik swasta yang berdaftar dengan kerajaan negeri dan seramai 1 juta rakyat Selangor akan mendapat manfaat dari skim yang diperuntukan RM125 juta itu.

“Kerajaan negeri juga akan membelanjakan RM100 juta bagi membeli Rumah Selangorku yang akan disewakan kepada rakyat yang gagal mendapat pembiayaan untuk membeli rumah atau belum lagi berminat untuk membeli rumah”.

“Di dalam skim yang dinamakan ‘Smart Sewa’, 30% dari sewa yang dibayar akan dipulangkan setelah kontrak sewaan tamat. Sewa yang dipulangkan boleh digunakan oleh penyewa untuk membeli rumah sendiri”.

“Secara keseluruhannya sebanyak RM3.45 bilion telah diperuntukan dalam belanjawan 2017 dengan peruntukan pembangunan sebanyak 52.2% dan peruntukan mengurus sebanyak 47.8%”

Melalui Roadshow ini, diharap usaha PAS Serdang  dalam memastikan rakyat tidak ketinggalan info dan maklumat dapat disebar luaskan kepada orang ramai.

Advertisements