Bangi, 6 Disember 2016 – Satu program Pemeriksaan Mammogram dan Karnival Wanita Sihat dan Anggun Ceria telah diadakan di Surau Al-Kauthar, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi pagi ini.

Program ini merupakan inisiatif ADUN Bangi bagi membolehkan golongan wanita di DUN tersebut mendapatkan pemeriksaan payudara dengan lebih mudah.”Mencegah kanser lebih baik daripada mengubatinya. Jadi, kami telah merangka program sebegini ini untuk memudahkan golongan wanita mendapatkan pemeriksaan kesihatan mereka.” Maklum YB Ustaz Shafie Ngah.

Program anjuran Pusat Khidmat ADUN Bangi dan Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Bangi telah mendapat kerjasama yang baik daripada Majlis Kanser Nasional ( MAKNA), Dewan Muslimat PAS Serdang dan Surau Al-Kauthar.

“Saya telah melakukan pemeriksaan dan keputusannya akan diperoleh dalam 4 ke 5 hari” ujar Puan Madiha, salah seorang warga Bangi yang turut serta dalam program ini.

Pemeriksaan hari ini dilakukan di bilik bergerak khas MAKNA dan diberikan secara percuma kepada para peserta yang terpilih.

 

 

 

 

 

Advertisements