Bangi, 3 Disember 2016 – Sebanyak 10 buah rumah telah dilawati Lajnah Kebajikan PAS Serdang dan Dewan Muslimat PAS Serdang dalam satu program berkala ‘Anda Di Hati Kami’ (ADHK) di Kampung Bangi hari ini.

Program yang mensasarkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal dan golongan yang memerlukan ini telah banyak membantu rakyat dalam meringankan beban mereka menghadapi kenaikan mencanak kos sara hidup.

“Kami akan meneruskan aktiviti kebajikan seperti ini. Selagi mampu, kami akan membantu rakyat dengan segala keupayaan yang kami ada”, ujar Timbalan Ketua Muslimat PAS Serdang, Puan Aisyah bt Misman dalam sesi ziarah tersebut.

Beliau turut merakam ucapan terima kasih kepada para petugas yang tidak pernah letih menjayakan program ini.

“Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program ADHK ini.  Semua yang terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung. Semoga Allah mengganjari usaha kita dengan kebaikan berpanjangan”.

10 penerima sumbangan juga telah melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas keprihatinan dan sumbangan yang tidak putus diberikan oleh PAS Serdang.

Program ADHK kali ini juga dihadiri Ketua Kampung Bangi, Ketua Kampung Bahagia dan Ahli Jawatankuasa Pusat Khidmat Masyarakat Setempat (PKMS) DUN Bangi.

 

Advertisements