Oleh : Aisyah Yamin

Kajang Utama, 20 Nov – Lajnah Kebajikan PAS Serdang terus konsisten mendekati masyarakat setempat tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa menerusi siri ziarah Anda di Hati Kami, ADHK.

Pada siri ziarah kali ini, PAS Serdang berkesempatan menziarahi lima keluarga India tiga keluarga Melayu yang terdiri daripada ibu tunggal, warga emas, OKU dan bayi. YB Ustaz Shafie bin Ngah, ADUN Bangi turut menyertai ziarah dan menyampaikan bantuan berbentuk barangan dapur dan bantuan kewangan.

Antara yang diziarahi ialah seorang wanita berbangsa India bersama tiga orang anak yang ditinggalkan suami tanpa sebarang berita. Menurutnya, suaminya tidak dapat dijejaki beberapa lama dan tidak dapat dipastikan sama ada masih hidup atau sebaliknya.

Sementara itu, tiga orang warga kurang upaya yang diziarahi belum menerima sebarang bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM. PAS Serdang akan merujuk JKM untuk tindakan susulan. Keluarga yang diziarahi sangat berpuas hati dan terharu atas kesanggupan YB untuk turun meninjau penderitaan mereka.

Selain itu, pasukan Lajnah Kebajikan sempat ke Council Home bagi menziarahi sebuah keluarga OKU yang anak sulungnya mendapat kejayaan cemerlang 6A dalam UPSR. Keluarga ini merupakan penerima sumbangan susu tepung secara bulanan dari ADUN Bangi di bawah projek khas ADUN Bangi.

YB ADUN Bangi turut diiringi Ketua PKMS, En Abu Bakar, Ketua Cawangan PAS Kajang Utama, En Azman, wakil DMPKS Puan Noraini, beberapa orang wakil PAS Cawangan dan petugas dari Jabatan Amal Serdang.

Hadir sama, Setiausaha DHPP Serdang, Puan Sathiabama bersama AJK, Puan Citra, Puan Vijaya bersama suami dan Puan Usha dari Kajang Utama.

“Tindakan susulan akan diambil oleh wakil dari Kajang Utama bersesuaian dengan keperluan keluarga yang diziarahi.” Ujar Yang Berhormat ADUN bangi, Ustaz Shafie Ngah.

Ketua Kebajikan DMPKS pula berkata, “Kerja-kerja turun ke masyarakat sampai ke akar umbi amat penting bagi mengetahui sendiri masalah mereka yang sudah lama ditanggung tetapi tiada penyelesaianya.”

Advertisements