Oleh : Nur Haslaily

Intipati Kuliyah Dhuha
Ustazah Norhafizah Musa
Masjid Alhasanah BBB
19 Nov 2016

_________________________

Mahu mendidik kuncinya “kasih sayang”
Mesti ada kasih sayang, doakan semua ummat Muhammad.

Ini doa orang soleh. Amalkan:
Ya Allah ampunilah seluruh ummat Muhammad
Ya Allah sayangilah seluruh ummat Muhammad
Ya Allah tutuplah aib seluruh ummat Muhammad
Ya Allah bantulah seluruh ummat Muhammad

Nasihat Imam Al Ghazali:

Mahu jaga keluarga, jagalah sebagaimana kita menanam pokok. Bermula dengan pilihan biji benih yang baik, tanah elok, letak baja, siram dan jaga dari serangga perosak. Jika kita hanya menanam benih sahaja, tidak sempat mengurus tanaman, maka tanaman akan terancam. Begitulah juga bila kita tidak sempat urus keluarga, pasti keluarga kita juga akan terancam.

Walau macam mana kita kepung, tahan, sekat anak-anak kita. Kita tetap tidak boleh menjaga anak-anak kita. Macam mana kita sayang pada anak kita, kita tak akan mampu menjaga anak kita sepanjang masa.

Kaedah Nabi Ibrahim :
Ketika meletakkan anak dan isteri di tempat yang kering kontang.
Nabi Ibrahim taat pada perintah Allah. Dalam keadaan sedih, sayu dan bimbang, Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah.

“Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.”
[Surah Ibrahim : Ayat 37]

Ini doa penjaga :

  • Solat kita itu jadi contoh kepada anak-anak
  • Tengok solat kita
  • Tengok solat anak kita
  • Setiap hari !
  • Solat itu tanggungjawab kita
  • Ini mekanisma penjagaan paling hebat untuk keluarga kita.

Kerja kita pastikan anak-anak lelaki solat berjemaah di surau/masjid. Moga hatinya terikat dengan rumah-rumah Allah.

Ustazah mencadangkan untuk diri sendiri dan ibu-ibu untuk kurangkan membebel. Jadikan apa yang kita cakap ada VALUE. Bernilai bila keluar pada masa yang betul. Sulami dengan nasihat. Gunakan kebijaksanaan (fatonah) sebagai pendakwah itu penting.

Beritahu pada anak lelaki, mahu jadi orang hebat atau tidak, bagus atau tidak, cemerlang atau tidak; tokoh-tokoh, ilmuan, ulama agung, atau pemimpin masyarakat mesti dibina di rumah-rumah Allah. Jaga hubungan dengan instituti Masjid. Tengoklah sejarah. Masjid itu pusat pembinaan. Ada banyak yang boleh kita belajar di sana tapi tak dapat di rumah kita.

Didikan anak-anak gaya Luqmanul Hakim:
Tips parenting yang hebat ada dalam Qur’an.
Allah tak akan letak dalam Quran kalau bukan kisahnya sangat luar biasa.
Tekuni dan selami teknik didik anak yang Allah rakam dalam Al Qur’an. Direct Allah bagi cara bagaimana Luqman mendidik anak-anak.

“Bersyukurlah kepada Allah! Dan barang siapa bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa tidak bersyukur (kufur), maka sesungguhnya Allah Mahakaya lagi Maha Terpuji”
[Surah Luqman : Ayat 12]

  • Bersyukur kepada Allah
  • Redha dengan ketentuan Allah Ta’ala
  • Tengok semua kurnian itu baik/buruk semuanya dari Allah
  • Kitakan ada Allah kenapa kelam kabut /stress
  • Tak mungkin Allah nak aniaya kita, yang datang dari Allah pasti yang terbaik, Allah tak zalim

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran kepadanya, “Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”
[Surah Luqman : Ayat 13]

  • Jangan menyekutukan (tidak setia kepada Allah). Ajarlah anak-anak kita tentang ini. Ini benda paling besar sekali.
  • Orang sekarang ramai jadi sombong. Jaga-jaga bila anak selalu top, sentiasa berjaya dan jadi perhatian cikgu-cikgu. Bahaya kalau datang rasa sombong. Jangan rasa diri kita bagus. Jangan hidup untuk cari perhatian manusia, kita akan penat. Jaga suara, jaga cara berjalan. Banyak lagi seni mendidik anak-anak dari pembentukan hati, luaran, bahkan suara dalam Surah Luqman.
    Bacalah, renungilah.

Akhirnya, berdoalah agar Allah kasihan dengan kita, Allah sayang dengan kita, Allah mudahkan urusan kita untuk mendidik anak-anak dan keluarga menjadi keluarga yang diredhai Allah

Advertisements