Sungai Ramal Luar, 20 Nov – Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang meneruskan jelajah kebajikan mendekati masyarakat. Hari ini 5 keluarga terdiri daripada ibu tunggal dan asnaf menerima sumbangan berupa barang keperluan harian.

Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang, Safarin Baharum, “Pemuda PAS merasa terpanggil untuk meringankan penderitaan keluarga yang memerlukan. Insya Allah kami akan terus menyantuni masyarakat dalam siri-siri akan datang”.

Penerima sumbangan yang ditemui melahirkan penghargaan atas sikap prihatin yang ditunjukkan Pemuda PAS dan mengharap program sebegini diperbanyakkan.

Wakil PAS Cawangan PAS Sungai Ramal Luar turun mengiringi dalam siri jelajah ini.

 

Advertisements