Balakong, 20 November 2016 – PASTI Al Hafiz telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan bertempat di Dewan Desa Serdang. Majlis telah dirasmikan oleh Ahli Majlis DUN Balakong iaitu, YB Haji Asnah bin Ali disaksikan lebih 200 ibubapa. Dalam ucapannya, YB Haji Asnah telah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kesemua penerima hadiah dan anugerah kecemerlangan.

Perasmian telah diserikan dengan persembahan unik dan menghiburkan oleh para pelajar PASTI Al-Hafiz.

Upacara penganugerahan pula telah disempurnakan oleh Encik Mohd Nizam bin Omar, Pengerusi PASTI Kawasan Serdang merangkap Exco Pemuda PAS Kawasan Serdang.

“Semoga kejayaan yang dikecapi hari ini menjadi pemangkin untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di masa akan datang. Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada para guru PASTI yang telah berusaha gigih sepanjang tahun di dalam memastikan agenda pendidikan PASTI tercapai. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Jawatankuasa Pelaksana dan ahli-ahlinya di atas penganjuran majlis yang sempurna dan lancar”, ujar Encik Mohd Nizam.

PASTI Al Hafiz adalah salah satu daripada 25 PASTI di dalam kawasan Serdang . PASTI menawarkan kurikulum untuk anak-anak 4, 5 dan 6 tahun selaras dengan kurikulum pra sekolah kebangsaan dan digabungjalinkan dengan pendidikan Islam dan pra tahfiz.

Advertisements