Alhamdulillah. Seramai 45 orang Pemuda PAS Serdang dan Hulu Langat telah berjaya menawan puncak Bukit Broga, dalam misi XPDCBroga #SokongRUU355.

Program yang bermula dengan qiyamullail dan solat subuh berjemaah di Surau At-Taqwa Semenyih, diteruskan dengan konvoi ke kaki bukit dan memulakan pendakian sekitar jam 7 pagi.

Setibanya di puncak sekitar 7.45 pagi, para peserta berkesempatan mendengar taujihat pimpinan dan pengisian usrah santai, di samping beramah mesra dengan pendaki lain yang terdiri daripada pelbagai lapisan bangsa dan umur.

Semoga usaha ini akan menyemarakkan lagi usaha untuk meninggikan syariat Islam dan semoga ianya dikira sebagai amal soleh di sisi Allah s.w.t

#XPDCBroga
#SokongRUU355
#SerdangHLangat

Catatan oleh
DACS DPPK Serdang & Hulu Langat
Ahad 30 Oktober 2016

Advertisements