Oleh : Aisyah Yamin

Selangor – Lajnah Sukan dan Rekreasi ADUN Bangi telah menganjurkan Pertandingan Catur Piala ADUN Bangi 2016 Kali-4 di Dewan Cempaka, Kompleks PKNS Bangi pada 16 Oktober 2016 yang lalu.

ADUN Bangi, YB Ustaz Shafie Ngah telah merasmikan dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Beliau berkata, Bangi merupakan satu- satunya DUN yang menganjurkan pertandingan catur selama empat tahun berturut- turut. Objektif penganjuran pertandingan ini ialah bagi mengasah kreativiti dan ketajaman berfikir di kalangan peminat catur peringkat dewasa dan pelajar sekolah.

“Walaupun tahun ini penyertaan dihadkan kepada peserta dari DUN Bangi sahaja, namun sambutan masih menggalakkan.

“Hari ini juga kita ada peserta yang pernah menjadi juara di peringkat kebangsaan. Kita yakin, melalui acara sebegini mampu menonjolkan lebih ramai lagi pemain catur handalan dari Bangi.

Ismail yang juga salah seorang peserta kejohanan catur berkata, acara sebegini mampu mewujudkan persaingan yang sihat sesama warga Bangi.

Tambahan pula, jumlah peserta juga agak ramai. Lebih 131 penyertaan didaftarkan pada kejohanan kali ini yang mana melibatkan tiga kategori iaitu sekolah rendah, menengah dan dewasa.

Save

Advertisements