Oleh : Aisyah Yamin

Selangor – Pelbagai program umum berbentuk dakwah seperti ceramah penerangan dan kuliah haraki dianjurkan oleh PAS Serdang.

Baru-baru ini, Ustaz Dato’ Dr Nik Zawawi (UDDNZ) turut hadir menyampaikan kuliah haraki bertempat di Markas PAS Kawasan Serdang.

Kupasan Risalah Ta’lim yang menyentuh bab “al Fahmu Dakiq” memberikan input yang baik kepada ahli-ahli peringkat cawangan.

“Menjadi kewajipan para pejuang haraki, jundullah untuk memahami secara mendalam serta faham mengapa dan atas keperluan apa berada dalam jamaah, menjaga adab dan disiplin bersamanya”, ujar beliau.

PAS Kawasan Serdang bercadang akan pergiatkan aktiviti parti dengan menekankan dua aspek iaitu dakwah dan tarbiyah.

“Harapan kita agar ahli-ahli PAS mendapat kefahaman dalam berjemaah , masyarakat juga dalam masa yang sama dapat didakwahkan.”

Save

Save

Advertisements