Oleh : Nur Laili bt M. Nasir

Bangi, 23 Oktober 2016 – Kombinasi 3 cawangan telah berjaya merealisasikan Bengkel Kepimpinan Muslimat di kalangan ahli Parti Islam Semalaysia (PAS) di Serdang. Bengkel ini telah diadakan di salah sebuah sekolah di Bandar Seri Putra.Program berkonsepkan bicara motivasi dan ukhwah yang bertemakan “Mehnah Sepahit Hempedu, Ukhwah Semanis Madu” ini telah menarik penyertaan seramai 57 orang dari cawangan Bandar Bukit Mahkota, Bandar Sri Putra dan Taman Impian Putra.

Objektif utama program ini adalah untuk membantu golongan wanita mengurus mental dan fizikal mengikut nilai-nilai Islam dan memperkasakan golongan wanita dengan ilmu-ilmu bermanafaat.

Ia sekaligus menjadi platform untuk mengeratkan ukhwah serta memperkukuhkan gerakan jemaah dari kalangan ahli yang telah memahami asas-asas dalam gerak kerja berjemaah bersama PAS. Nurseri juga turut disediakan untuk anak-anak peserta. Ia telah dimeriahkan dengan aktiviti memanah dan pertandingan mewarna.

Bengkel Kepimpinan Muslimat ini turut diserikan dengan slot motivasi dari pakar dalam bidang pengurusan. Ia turut dihadiri oleh Ketua Muslimat dan Ketua Helwa Dewan Muslimat Pas Kawasan Serdang.

Merujuk kepada ucapan Ketua Lujnah Tarbiyah Dewan Muslimat PAS Kawasan Serdang, “Hampir 90% isi kandungan Al-Quran berkaitan dengan perjuangan. Maka, jelas tugas perjuangan Islam adalah wajib ke atas setiap individu muslim.”

Save

Save

Advertisements