Bangi, 6 Oktober 2016 – Seramai lebih 30 orang wanita DUN Bangi telah menerima pemeriksaan mammogram secara percuma di Pusat Nasional Cancer Society of Malaysia di Kuala Lumpur pada 4 Oktober yang lepas dibawah Program Skim Kesihatan Wanita (Mammogram).

Pemeriksaan mammogram percuma ini merupakan kerjasama antara Pusat Wanita Berdaya (PWB) dan Pusat Khidmat ADUN Bangi. Ia juga mendapat tajaan sepenuhnya daripada kerajaan negeri Selangor dibawah program Merakyat Ekonomi Selangor (MES).
Pelepasan peserta ke program ini telah disempurnakan oleh ADUN Bangi, YB Tuan Shafie Ngah dan Puan Hamsatul Hamzah selaku Ahli Majlis MPKj zon 22.

“Kerajaan negeri Selangor amat menitikberatkan soal kesihatan terutama golongan wanita. Sesiapa yang berumur 40 tahun keatas, anda sangat layak untuk mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma.” Ujar ADUN Bangi semasa upacara pelepasan peserta tersebut.

Setiap wanita DUN Bangi diberi peluang untuk mendaftar. Pendaftaran boleh dibuat di Pusat Khidmat ADUN Bangi di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.

Save

Advertisements