Oleh: AISYAH YAMIN

Bangi, 27 September 2016 – Pusat Khidmat Masyarakat Setempat (PKMS) Putera Mahkota dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menganjurkan program Jom Daftar Mengundi dengan membuka kaunter pendaftaran pemilih di Tesco Bandar Puteri baru-baru ini.

ADUN Bangi , YB Ustaz Shafie Ngah turut berkesempatan singgah di Tesco berkenaan bagi melihat sendiri sambutan yang diberikan rakyat.

“Banyak kawasan telah membuka kaunter SPR bagi mendaftar pemilih baru untuk pilihanraya umum akan datang. ADUN Bangi juga tidak melepaskan peluang ini untuk mengajak pengundi baru yang layak mendaftar melaksanakan tanggungjawab mereka.” Ujar YB Ustaz Shafie Ngah.

Beliau turut menzahirkan rasa gembira dengan sambutan yang sangat baik. Menurut beliau, kempen sebegini harus dipertingkatkan supaya seramai 4 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi tapi belum berdaftar dapat mendaftar dengan segera.

Beliau juga sempat beramah mesra dengan pegawai SPR yang bertugas dan memuji khidmat yang yang ditawarkan seperti pendaftaran pengundi baru, menukar alamat dan maklumat pengundi dan sebagainya.

Save

Advertisements