Bangi, 26 September 2016 – Rentetan penutupan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang berlaku lebih dari tiga kali, para pimpinan masyarakat setempat yang terdiri dari ADUN Bangi dan Ahli Majlis telah turun membantu rakyat mengagihkan air bersih ke kawasan yang terjejas.

YB Ustaz Shafie Ngah selaku ADUN Bangi dan Puan Hamsatul Hamzah, Ahli Majlis MPKj Zon 22 telah bersama-sama turun mengagihkan air kepada rakyat sekitar Kajang Utama, Taman Tropika Sungai Tangkas, Taman Bukit Kajang Baru, Taman Bukit Permai, Taman Kajang Utama, Seksyen 1, Seksyen 4 dan Seksyen 5 Bandar Baru Bangi.

Usaha ini adalah tanda keprihatinan mereka terhadap masalah yang ditanggung rakyat.

“Masalah ketiadaan air telah menjejaskan banyak aktiviti harian rakyat. Kami harap, pengagihan air bersih ini akan memudahkan mereka menguruskan aktiviti harian dengan lebih baik”. Ujar Puan Hamsatul.

Beliau turut menyeru rakyat agar berjimat cermat dalam menggunakan air yang diagihkan.

Gangguan bekalan air terjadi akibat peningkatan parameter pencemaran bau di Sungai Semenyih dan telah mengakibatkan gangguan di kawasan wilayah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.

Advertisements