Bangi, 26 September 2016 – Pelbagai inisiatif telah diambil oleh PAS Kawasan Serdang untuk memahamkan rakyat setempat berkenaan pindaan Rang Undang Undang (RUU) 355 dalam memperkasa mahkamah syariah.

Terbaru adalah ceramah umum bertajuk “Rang Undang- Undang 355: Satu Pencerahan” yang diadakan di Taman Desa Surada pada 21 September lepas. Ceramah ini telah menampilkan tiga orang panel iaitu YB Ustaz Idris Ahmad (Naib Presiden PAS), YB Sallehen Mukhyi dan YB Shafie Ngah (ADUN Bangi).

PAS Serdang turut mengambil langkah memahamkan ummat Islam dengan turun kepada surau dan masjid sekitar Serdang untuk memberi penerangan berkenaan usul tersebut.

Usul pindaan RUU 355 ini telah dikemukakan oleh Presiden PAS, YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang merangkap Ahli Parlimen Marang di Parlimen Malaysia.

Ia berkaitan pindaan akta sedia ada iaitu Akta 355 yang mengawal bidang kuasa mahkamah syariah di Malaysia. Akta ini tidak pernah dipinda selama 32 tahun. Kali terakhir dipinda adalah pada tahun 1984.

Advertisements