Balakong, 14 Ogos – Sebanyak 7 buah keluarga telah menerima sumbangan dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) semasa program Anda Dihati Kami (ADHK) di Taman Desa Baiduri.

Program ini telah dirangka untuk menyantuni golongan akar umbi yang kurang berkemampuan. Mereka terdiri daripada warga emas, golongan kurang bernasib baik, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal.

Sesi ziarah ini telah bermula jam 9.30 pagi dan disertai oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Serdang, Ustaz Nushi b Dato Mahfodz, ahli PAS Cawangan Desa Baiduri dan AJK Lajnah Kebajikan PAS Serdang.

Program sebegini telah membuka mata ramai pihak untuk melihat PAS sebagai sebuah parti kebajikan bukan hanya aktif pada pilihanraya sahaja.

“PAS adalah sebuah parti yang menitikberat soal kebajikan rakyat. Kenaikan harga barang yang mencanak memberi kami rasa untuk menolong dan membantu meringankan beban mereka”. Ujar TYDP PAS Serdang.

Advertisements