oleh : NatrahM

28 Mei 2017, Bangi – Sekali lagi, ibu muda diraikan. Yang Berhormat, Ustaz Shafie Ngah turun menyantuni ibu muda yang baru sahaja menimang cahaya mata.

Kali ini, ibu-ibu sekitar Seksyen 3, Bandar Baru Bangi dipilih dan YB serta rombongan dari Pusat Khidmat Masyarakat Seksyen 3, wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS serta petugas Pejabat ADUN Bangi menziarahi rumah mereka.

Penaung program Ziarah Ibu Muda-Dekat di Hati Kami, Ustazah Che Maryam iaitu isteri kepada YB Shafie menyatakan ia adalah siri kedua diadakan dan ia akan berterusan di masa-masa akan datang. Ibu muda yang dipilih adalah ibu yang baru melahirkan anak kurang daripada 3 bulan.

Ibu muda yang diziarahi, menyatakan rasa kesyukuran dengan kunjungan yang dilakukan dan menganggap sebagai satu penghargaan buat mereka. Mereka juga turut berterima kasih kepada YB kerana turun bertemu rakyat. Sedikit sumbangan dan cenderamata juga diserahkan bagi kegunaan anak yang baru dilahirkan.

Advertisements