Oleh : Aisyah Yamin

Bangi – Lajnah Sukan dan Rekreasi, PKMS telah menganjurkan Kejohanan Pingpong Piala ADUN Bangi pada 22 Mei 2016 yang lalu bertempat di Dewan MPKj Seksyen 2.

Kejohanan sebegini bertujuan untuk mencungkil pemain atau pasukan yang boleh diketengahkan ke pertandingan peringkat negeri dalam sukan ping pong pada masa akan datang dan mewujudkan daya saing yang sihat dalam kalangan peserta melalui aktiviti sukan Seperti ini.

Menurut ADUN Bangi, Ustaz Shafie Ngah, “Saya menyokong aktiviti sebegini kerana inilah peluang untuk kita merealisasikan visi DUN iaitu, Bangi Sihat” . Tambah beliau, sukan juga merupakan platform berkesan  membina jaringan kemasyarakatan.

YB Ustaz Shafie Ngah turut menyaksikan perlawanan akhir dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

 

Advertisements