Bangi 21 Mei 2016 – Hari ini Ahli Majlis Zon 23 MPKj, En Husni bin Abdul Manan telah mengambil inisiatif memungut sampah pukal di sekitar kawasan Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Program yang berlangsung dari awal pagi dan berakhir lewat petang telah mendapat maklum balas yang sangat positif daripada masyarakat. “Usaha murni ini wajar diteruskan kerana sudah lama program seumpama ini tidak diadakan secara besar-besaran”, ujar salah seorang penduduk yang ditemui.

Kira-kira sekitar 10 tan sampah berjaya dipungut oleh 15 orang petugas. Antara barangan terbuang ialah tilam, almari, buku-buku, perkakas elektrik yang rosak dan perabot lama. Walaupun banyak sampah yang dipungut dalam operasi ini, tapi masih banyak lagi yang perlu dipungut lagi kerana ramai penduduk tiada di rumah. Diharapkan program seumpama ini dapat dipergiatkan sambil mendidik masyarakat kaedah pengurusan sampah domestik dan sisa pepejal yang betul.

Turut hadir sama membantu dalam program ini ialah Ahli Majlis MPKj Zon 23, MPP Zon 23 MPKj, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MPKj dan 15 kontraktor.

Advertisements