Oleh : Aisyah Yamin

Kajang- Lajnah Sukan Dan Rekreasi, Pusat Khidmat Masyarakat (PKMS) ADUN Bangi telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak kanak-kanak bawah 12 tahun dan 10 tahun pada 22 Mei 2016 yang lalu di Taman Jasmin, Kajang.

Kejohanan ini bertujuan untuk mengasah, membimbing dan memberi pendedahan kepada pemain dan pasukan dari DUN Bangi dalam suasana pertandingan dan sebagai menyokong visi DUN iaitu Bangi Sihat.

Menurut jurucakap wakil Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Bangi, Program sebegini dianjurkan bagi mewujudkan daya saing yang sihat dalam kalangan kanak-kanak melalui aktiviti sukan bola sepak di samping membina jaringan kemasyarakatan melalui aktiviti sukan.

YB Amirudin Shari, selaku Exco Kerajaan Negeri Selangor turut hadir semasa perlawanan berlangsung. Beliau turut menyampaikan ucapan dan hadiah kepada para pemenang. Beliau turut berharap agar pertandingan sebegini mampu mengasah bakat dan mencungkil potensi di kalangan anak-anak bermula di peringkat bawah umur dan mudah-mudahan ada di kalangan mereka mewakili negeri Selangor suatu hari nanti. “Inisiatif penganjuran ini amat baik dan wajar dijadikan acara tahunan di DUN Bangi.” Tambah beliau.

Kejohanan ini disertai oleh 10 buah pasukan bawah 12 tahun dan 9 pasukan bawah 9 tahun dari Bangi dan Kajang.

Johan menerima RM350 (berserta Piala ADUN bangi), tempat kedua, RM250, tempat ketiga, RM150 dan tempat keempat RM 100.


Save

Advertisements