Oleh : Aisyah Yamin

Bangi – Lujnah Kebajikan PAS kawasan Serdang terus komited melaksanakan agenda kebajikan. Terbaru, program Anda Di Hati Kami (ADHK) telah diadakan dengan jayanya pada 22 Mei 2016 di Council Home Seksyen 16 Bandar Baru Bangi.

Siri ziarah ibu muda yang baru lepas bersalin ini telah membuka ruang interaksi yang lebih membumi kepada Ketua Muslimat, Puan Hamsatul dalam mencungkil permasalahan utama yang dihadapi oleh para ibu muda darsawarsa ini.

Menurut beliau, “Wanita lebih mengenali wanita. Maka, saya rasa terpanggil untuk turun sendiri ke lapangan dan membantu serba sedikit dengan kudrat yang saya ada”.

Seramai 4 orang ibu muda telah diberi sumbangan dalam siri ziarah ADHK kali ini. Ia turut dihadiri oleh staf pejabat ADUN Bangi dan Puan Sathiabama, wakil Dewan Himpunan PAS (DHPP).

Selain golongan ibu muda, sesi ziarah tersebut turut memberi sumbangan kepada orang miskin, golongan OKU, orang sakit dan ibu tunggal.

 

Advertisements