Bangi, 23 Mei – Sebanyak 14 set katil dan tilam telah dihadiahkan oleh ADUN Bangi kepada mangsa banjir di Sungai Tangkas petang tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, YB Ustaz Shafie Ngah telah turun bertemu rakyat bagi meringankan beban mereka.

“Kami harap sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung mangsa banjir di Sungai Tangkas”.

Wajah sinar kebahagiaan dan kesyukuran jelas terpancar pada wajah mangsa yang telah ditimpa musibah banjir sebanyak dua kali secara berturut-turut itu.

Penat lelah membersihkan rumah dan kesedihan kehilangan barang-barang seakan terubat dengan kehadiran pimpinan masyarakat tersebut bersama hadiah yang tidak disangka.

Penduduk Sungai Tangkas merakam berbanyak ucapan terima kasih kepada Ustaz Shafie Ngah dan Jabatan Amal Kawasan Serdang yang membanting tulang menyampaikan katil dan Tilam itu. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang telah membantu mereka samaada secara langsung atau tidak langsung.

Advertisements