Oleh : Aisyah Yamin

Balakong – Lujnah Kebajikan PAS Cawangan Taman Impian Ehsan telah menjayakan program “Anda Di Hati Kami (ADHK) ” untuk sesi yang kedua dengan jayanya pada 21 Mei yang lepas.

JPRD Balakong, PAS Cawangan Taman Impian Ehsan bersama Ketua Muslimat, Puan Hamsatul sempat meluangkan masa melawat dan menyerahkan sumbangan kepada warga emas, fakir miskin, OKU dan ibu tunggal di sekitar kawasan tersebut.

Dalam pada itu, Puan Hamsatul berharap agar mereka ini dapat bersabar atas ujian yang dihadapi dan menggunakan bantuan yang telah diberikan dengan sebaik mungkin.

Beliau sempat mendoakan kebaikan buat mereka semua sebelum bertolak pulang. “Saya doakan kita semua diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini. Doakan saya juga agar terus diberi kesihatan supaya saya boleh terus berkhidmat untuk ummah “, ujar beliau yang bersimpati di atas kesempitan yang dialami salah seorang ibu tunggal di tempat kejadian.

Seorang ibu tunggal India melahirkan rasa gembira dan terima kasih di atas sumbangan yang telah diberi. “Saya terharu masih ada orang baik macam ini”, katanya dengan nada sedih.

“Anda Di Hati Kami” merupakan salah satu cetusan idea bernas bagi mengatasi permasalahan masyarakat hari ini. Anda juga boleh menyalurkan sumbangan bagi merancakkan lagi khidmat bakti ini. Semoga Allah meredhai kita semua.

Advertisements