Oleh : Tuan Ajma

Bandar Baru Bangi 21 Mei – Wanita dan dunia masakan tidak dapat dipisahkan. Memahami naluri kewanitaan tersebut,  pihak Pusat Wanita Berdaya  DUN  Bangi telah mengadakan Bengkel Masakan khusus untuk wanita Bangi. Bengkel ini telah berlangsung di Balairaya Kg Sg Tangkas.

Penyertaan yang memberangsangkan ini telah disertai oleh para ibu tunggal, suri rumah dan  wanita setempat yang mana rata-ratanya adalah mangsa banjir di Kg Sg. Tangkas.

Turut hadir bagi memeriahkan program ini ialah Yang Berhormat Ustaz Shafie Ngah merangkap ADUN Bangi, Puan Hamsatul Hamzah selaku ahli Majlis MPKj, Ketua Kg Sg. Tangkas Hj. Zamshi Muhammad, wakil Pusat Khidmat Masyarakat Sg Tangkas dan ahli jawatan kuasa program.

IMG-20160521-WA0055

Tujuan utama bengkel ini adalah untuk melatih para wanita menyediakan juadah ringkas di rumah di samping dapat menjana pendapatan tambahan. Oleh yang demikian, menu yang dipilih bagi bengkel pada kali ini ialah pau goreng dan chakoi. Hal ini bertepatan dengan tema program “Memasak Secara Santai Tapi Sedap”.

Program ini juga diharapkan dapat membantu suri rumah dan para wanita  mengurangkan tekanan dan kesedihan yang menyebabkan kehilangan dan kerosakkan harta benda akibat banjir yang lepas.

Advertisements